Nov 29, 2008

Wajah Selamat

Semua berjalan dengan lancarnya.
Besok kedua ibubapaku akan menunaikan rukun islam yang ke-5 iaitu mengerjakan haji.
Mereka bersyukur kerana diberi rezeki sekali lagi untuk menunaikan haji kali ke-2
(30/11 sehingga 29/12)
First haji mereka pada tahun 1994 tak silap, aku kecik lagi time tu.
Aku tidak risau sangat kot, sebab ibubapa aku setiap tahun menunaikan umrah, tetapi dengan ramai-ramai orang ni risau juga la. So harap-harap semuanya selamat pergi dan pulang.
Kami disini mendoakan kesihatan dan mencapai Haji Mabrur dan harapan kami ayah dan ibu doakan yang terbaik untuk kami juga disini.


.
Update*(Sunway Medical Center)
Friday
7 in the morning, Nadia operation took around 5 hours.
Saturday
Still in the ICU for intensive care, the good news is she can smile!, eat! and SMSing.

After this, when everything is stable, Nadia will be transfer back to Glen Eagle Hospital Ampang for her physiotherapy to build back her strength.

Besok kena bangun 6 pagi. 630 pagi dh kena ade kat Tabung Haji.
Owh and tidak dilupakan Chelsea vs Arsenal besok.. ahaha
Arsenal! U goin down!...

p/s: Chelsea 3 - Arsengal 0

Nov 27, 2008

Dalam-Ter-Jaring

Internet?
What if kan.. Internet ni tidak wujud?
Adakah kita ni akan mati kebosanan atau apa yang korang rasa...
Apa beza zaman dulu dan zaman sekarang?
Peredaran masa dan Kemajuaan teknologikan.
Rasanya internet ni byk dah jadi bestfriend kita sekarang. Kalau tiada internet tu mcm orang tu akan gelisah/resah. Tak tau la kenapa. Tapi ada je kawan-kawan aku ramai je yang survive hidup tanpa internet ni.
Internet ni sbrnya membuatkan hidup kita lebih senang. It becoming a natural extension of our ability to interact, communicate and live in todays society. Dia telah menjadi satu alat yang telah menjadi sebahagian kehidupan kita. Setengah orang kata ' You can't live without it' ahaha.
Contohnya mcm handphone la. Umpamanya Internet dan Handphone ni lebih kurang sama la.If nak cerita kebaikan dan keburukan internet ni banyak sangat. So gunalah internet ni sebaik-baiknya.Internet ni boleh membawa kebaikan dan kejahatan jugak.

Rabu malam ade International speaker datang dr US. Sheikh Yusuf Estes
kat Masjid Al-Mukminun USJ2 (dkt je ngan rumah)
Nasib baik Nik Faiz call ingatkan and my dad too tp sms suruh bw camera. ahahaha
Nik telah diberi amanah utk bawa sheikh ni dgn selamat, nasib baik la selamat.
So nak citer skit la pasal sheikh ni, die seorang american yang convert to islam. Utk berita selanjutnya sila la check wiki hehe.

Tajuk die smlm ialah 'Get Ready for Discovery'
Mostly die membincangkan kehidupan seharian sebagai islam. The way of islam.
Die ni agak cute and kelakar orangnya. Rasanya masjid tu buat rekod baru la, ramai yang turut serta. Rugi la siapa yg tak pergi jumpa die personally, tp skrg kan ade internet so search je la dia. Kat youtube byk video pasal dia.
Owh and thanks to Farhana and Farhanis atas kepujian, 'Merah itu menggodakan' ahaha. Tak sangka u guys were there and Makcik Limah too, hehe.
Overall i enjoy la and hope tuan sheikh will be back here, after this maybe he's going to UTM skudai lak.

Uncle ni gelak paling best time ceramah ni, gelak je keje dia.

Sheikh Yusuf Estes


Dunia Ini Sangat Menggodakan

Nov 24, 2008

Gelisah

Yesterday around 4am, Suddenly i woke up and had a bad dream.
A really really bad dream.
A dream that i hope that will not happen.

Pernah tak korang mimpi and then benda yg korang mimpi tu terjadi somehow?
Coz i think, like i've have been to the future.
Pernah terbaca la, Einstein says that when you're sleeping and had a dream.. Actually your spirit is going to the future. Tak tau la betul or not.Maybe its just a kebetulan je kan.
Semua ni kuasa tuhan kan. Kita sebagai orang islam, kita percaya pada Qada' dan Qadar'.
Kita haruslah sedar yang kita ni adalah makhluk yang lemah.
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

I'm afraid, takut, losing someone who i care.
Just Pray.
Shuhhh la ko MIMPI Jahat!



Here some advice,
To laugh often and much
To win the respect of intelligent people and the affection of children
To earn the appreciation of honest critics and endure the betrayal of false friends
To appreciate beauty, to find the best in others
To leave the world a bit better, whether by a healthy child, a garden patch or a redeemed social condition
To know even one life has breathed easier because you have lived.

This is to have succeeded.

Someone's Kenduri

Kenduri my parents selamat diadakan dan ramai yg juga datang. Thanx for coming evrybody.
So this time got a chance to meet a lots lots bertan-tan cousin-counsin yg dtg. Mcm program jejak kasih pun ada. Of course la cousin-cousin yg tua unty uncle semua slalu jumpa, but then anak-anak diorang jarang jumpa. Tau la kekadang ble ade kenduri or any function anak-anak remaja sekarang kurang nk ikut parent diorang. Rupa-rupanya kwn yg kita kenal itu ialah cousin kita. Contoh i ngan anies. Tau-tau we related. Wut a small world. So pengajaran nyer kan, kena la ikut mak and ayah kita pergi function yg ade kena mengena dengan family.


Owh this Nik Hafiz and the baby is Nik Arianna. Cute kan both of them? ahaha..


Ni pula peminat setia saya. Farhanis Fadzil, Parent die pun pegi Haji juga. So nanti we look each other k. ahaha.. Owh tu buku yg i baca before i tido. baru la sneezing!


The Ngok-ngek its been a long time since all of us take photo together-gether. Since evrybody is busy. So ngok-ngek sekalian.. after this we go eat our place! and and jadi the japanese tourist. ahaha.. For the refresh here the story goes click this link, wrote it by Sue Bahrin Kunichiwa!
Pernah tgk MTV Room Raiders!
Empat gadis ini telah mengRAID bilik ini. Habis tunggang terbalik (actually x pun).
Nasib la sempat simpan apa2 yang patut. tak tau la wut happen lepas tinggalkan diorang ni kat atas lama-lama. Credit to yaya for the idea and the design for the room. Yang lain pun thanx juga sbb duduk kat katil tu.. ahaha.

Okie la im done here. Nanti i'll update my other post. Byk yg x post lg ni coz perlu dibaiki lagi. dan tag tag yg x buat lagi tu nanti la.. bil-bil lain x setel lagi.. ahaha.

Nov 20, 2008

MONO B&W





Nov 17, 2008

Com.SJ in History


Congrats Guys, Kita Berjaya Melepasi Grouping stage!
Tapi apakan daya kita kalah di pusingan kedua. Ahaha.

Setelah 5 tahun Com.SJ bangkit kembali untuk kembali ke arena tournament futsal ni... Lihat la jersey kebanggaan baru kami ini.. sangat la cute logonya.
Dengan muka-muka baru menghiasi barisan mantap Com.Sj iaitu Munzir CK dan Qahar.
Ramai ahli Com.SJ yang tidah dapat beraksi kerana komitmen masing.-masing.

Aku juga tidak dpt main kerana kaki aku terseliuh yg ku sangkanya patah hari jumaat tu sebab bunyi yg kuat kedengaran kat ankle aku. Serius mmg kuat bunyi and yang lain tu boleh lak ingat aku berlakon. damn.

Tournament yang dianjurkan oleh Pakatan @ HTO USJ, Pakatan mana pun x tau la kan.. seperti biasa la janji melayu pukul 9 start.. at last 10.30 baru nk mula. Com.SJ melepas stage group dgn dua kemenangan (MAC Food & ABC FC) dan 1 kalah oleh HSBC.


Gambar diatas ni adalah waktu kemuncak Com.SJ, ahahaha.. MAKAN la.. apa lagi... semua org duduk tgk kitorang makan je.. nasi ayam ada, nasi kandar ada dan sandwich pun ada, mmg meriah la team kitorang ni.. happening katakkan. Oh the part skali adalah time reza pegi makanan-makanan ni semua... ahaha.. habis semua scandal die terbongkar.. ahaha..
Reza die ni mmg tactical skit, sbb dari pagi fikirkan strategy nk kalahkan pihak lawan ni.. tp in the end hampeh gle.. satu je strategy die.. siap ade drama ngan dialoque nk main futsal.

THE Com.SJ

Moto: Auff Auff BUNYI!
Player:
GK- Hazwan
DF- Reza Soul
MF- Afza Munzir Qahar
CF- Qidran Fais

Injury- Nik Aizu

Reserve- Syazwan(Labuan), Idan(Bintulu), Syafiq(Melaka), Nik(UIA), Ajat(Parit Raja), Hanif(Mexico), Fareezan, Hafez(UTP), Hafiz Tevez.

Noob- Zhaf (Japan)

Target - Archieve to 2nd Round. (berjaya!)

Best Goal Celebration - Afza
Best Drama- Reza & Soul
Best Miss of the season- Qidran
Wonder Boy- Qahar
Best of all best - Reza! ahahaha..

Nov 16, 2008

Gilak

Nov 12, 2008

Live Your Life

Lately ni mcm entry byk emo-emo skit..
ahahaha...
except for yesterday la.. mmg wakenabeb habis la..

So today went to see someone...
Someone that understand ...
Someone that matured..
Someone that i appreciate so much
Someone that always listen to me.
and
Sometimes sangat nakal.

Kekadang bila kita teringatkan kenangan lamakan..
membuat kita gelak sorang-sorang..
menangis sorang-sorang..
dan kadangkala terasa yang kita ni bodoh kerana kisah silam kita..
tapi semua itu hanya akan membuat kita lebih kuat.

Dengan kenangan ini'lah boleh menjadikan panduan hidup kita..
apa org english cakap, "Learn from your mistake"..
Belajar dari kesilapan kita..

I just realize yang
Yang Indah, Kita Simpan
Yang buruk, Kita jadikan Iktibar

*English Mood Jap

Just move on.
Don't let the past relationships ruin the present
...
It's our past that shapes our personalities and our future
and unfortunately not all past experiences are positive.
We can learn something positive from negative life experiences,
but how we learn from those negative experiences and how we use what we've learned is very important to our present and future.
U guys try to figure out yourself...

p/s: Don't let the ghosts of your past ruin your future and people dont blamed for the past wrongs.

Nov 11, 2008

WakenaBabe!

Pada suatu petang yg aman dan tenang..
maybe ramai amik SPM kot.. ahaha
Petang ni lepak kat J.Co...
So skip all the part sbb x sbr show kena wakenababe!

Mangsa : Senise and Sue
Pemangsa : Nikaizu and Fazlan
Jenis Kenderaan: Honda CRV
Tempat: Roundabout Pyramid dpn J.CO
Saksi Kejadian: Munzir dan Amar

Lawak gle.. ahahaha.. tgk ar video ni..


So ni video lepas kena wakenababe!...
Apakah perasaan apa bila ditinggalkan oleh kekasih..
ahahaha...




Sue and Senise.. LUKENABABE! ahahahahahahahaha.. (gelak evil)

p/s: Kesian Amar tgh pakai dial-up skrg.

Nov 10, 2008

9 Sebab Rindu Zaman Persekolahan

1. Loceng Kantin
Bila aku dengar je loceng utk rehat, aku rasa happy.. sebab boleh makan.. bila dah makan perut pun kenyang..
bila perut dah kenyang.. apa yang kita belajar pun masuk..
Fuh alangkah bahagianya waktu persekolahan.
Dapat duduk semeja dengan gadis-gadis hot.. makan bersama.
Owh owh.. tmpt yg serunuk lepak jugak.. Koperasi.. sbb byk aweq hot lepaq situ..

2.Berdiri depan perhimpunan.
Ini kisah masa aku form 1. Masa tu, aku sekolah petang.. so bila sekolah petang waktu perhipunan time petang la.. time tu aku kawan-kawan dgn geng jahat, x jumpa lagi geng-geng baik ni. Kitorang pun lepak la dlm class. Skali kantoi, kena tangkap dgn cikgu apa tah nama dah lupa.. Ramai-ramai la berdiri kat depan time perhimpunan. Terasa macho dan famous jap.. sebab ramai yg tengokkan. Haha.. Agaknya time ni la kot.. Menjadi tarikan dan perhatian dari perempuan-perempuan dan juga dikenali ramai selepas peristiwa ini.

3. Surat dari peminat perempuan.
Secret admire..
Malangnya surat-surat semua dh tak ingat letak kat mana.. kalau x bleh share ngan korang..
gaya-gaya menulis surat dulu kala..
siap ade bunga-bunga lagi..
especially time hari kekasih, hari cikgu pun ade yg mengambil kesempatan bg sesuatu..
gatal!

4. berCinta
Cinta, kebanyakan cakap time skolah ni semuanya cinta monyet.. tapi aku tak percaya la.. ade je yg still survive smpi skrg.
Masa sekolah dulu, memang kuat bercinton .. tp rekod la.. bercinton slalu dengan senior. tak pernah yang sebaya lagi setakat ni.
Tapi tu semua kenangan ketika bercinta di sekolah.
Rindu la pulak, dating-dating kat sekolah, kantin, makmal sekolah, blakang sekolah.. ahaha..

5. Kecurian.
Kes curi pertama - Bukan aku mencuri, tapi barang aku kena curi. Satu hari basikal aku kena curi, mak aku pun belikan yang baru. Lepas beberapa hari , damn kena curi lagi. Aku serik, aku pun beli rollerblade.. ehehe.. memulakan karier jadi Pemain Roda-Hoki Jalanan.
Kes kedua - Aku dirompak lg kerana kebuduhan aku... time ni masa aku form 5, sekolah berasrama. Aku bawa handphone secara haram dulu time skolah, kata senior time tu.. 'u can do anything' cogan kata time asrama dulu. Masa tu mak aku bagi reload no. (time tu no DiGi).. aku first time guna prepaid time tu.. x tau nk reload.. so aku bg la kwn aku ni sorang.. sbb die guna digi prepaid. So ble aku x dpt msg balik dr digi yg aku dh reload.. aku pun call la mak aku.. ckp no reload tu xleh pakai dah. After a few days tu, mak aku call aku.. ckp no tu dh reload kat HP lain.. damn bile check2 member aku yg curi. Yang peliknya, aku tak marah dia, tak cakap pun kat dia.. aku buat dunno je.. Tp masa sebelum SPM tu, die datang kat aku minta maaf and bayar balik RM100 aku. Tau takut!

6. Kantoi exam.

Owh bukan aku yang kantoi, aku yang kantoi kan orang ada ar.. ahaha jahat tak. Time ni kat dewan .. aku nampak ade orang sorok nota bawah meja.. so masa aku keluar nak pergi tandas.. aku ckp kat cikgu yg bertugas time tu.. suruh check meja tu.. skali berjaya kenakan budak sialan tu.. (aku mmg sengaja kenakan dia). Aku ni jahat, ahaha.. Dendam sebab budak tu memang jahat dan kejam.

7. Spot check.
Satu hari, ada spot check besar-besaran kat sekolah. Aku memang tak pernah ada apa-apa kesalahan dari sudut pakaian atau penampilan. Tapi tah mcmana hari tu aku boleh bawa HP, selalu aku tinggalkan kat locker asrama. Memang cuak la.. time tu habis satu badan peluh ni.. ahaha.. tp nasib aku ni bijak letak hp dlm kasut aku.
Begini caranya.. time spotcheck.. semua kena kluar berdiri.. sebelum masa tgh duduk lagi.. aku letak hp aku dlm kasut.. so bile nk jalan tu.. pandai-pandai la cover kan.. jalan kena jenggek skit.. sbb hp dh kat bawah tumit ni.. demi HP apa saja tactic dilakukan. So seperti biasa la cikgu displin suh poket dikeluarkan la, bla bla la.. check & raba-raba sini. Aku berjaya, YES!..

8. Surau
Ni berlakunya time form 2, masih segar di ingatan peristiwa ni. Subject Kemahiran Hidup time tu. waktu KH mmg lama 2 jam kot class.. So ble dh ramai-ramai pegi surau sekolah apa jadi?.. haha Wrestling la jawapan dia.. so ble cikgu dh mcm syak apsal la pelajar-pelajar die x balik lambat dr surau. die pun hantar la spy dia. Bile dh smpi kat class tu..cikgu suruh ramai berdiri depan papan hitam tu... Die tanya, kenapa lambat?.. Fuad dgn confident jawab.. ramai org kat surau.. traffic jamm cikgu..
Cikgu pun dah tau apa yang berlaku kat surau tu.. die suruh setiap orang amik surat khabar 2 helai.. jadikan sejadah.. Sebab nak suruh kitorang semayang Taubat... siap ade imam lagi.. ahaha.. Din la imam.. walaupun din yg tidak terlibat dlm aksi WWF.. kesian dia.

9. Ponteng Class.
Aku budak baik tak ponteng class. Hehe.
Tapi bila godaan kawan-kawan tu tak dapat menahan utk berponteng sekali utk melihat gadis-gadis di kelas lain.. ahaha..
Apa tah mengarut ni.. next!

Nov 9, 2008

Pengumuman!



Pengumuman!
Rumah 90% siap dalam dan luar. Setelah 31/2 bulan berhempas pulas dengan debu-debu di dalam rumah.. at last aku dapat tido dengan lena. Tidak perlu membuat rutin 3 hari sekali membersih komputer dari kuman-kuman debu ni... Tadi aku buat major overhall pc aku.. habis semua debu disedut oleh Encik Mesin Penyedut.
Pelbagai rintangan semasa membuat membaik pulih dan membesarkan rumah ni. Pekerja lari la.. pekerja merajuk la.. itu ini la.. Aku rasa hampir 20% kerja rumah ni dibuat oleh family aku dan kawan-kawan yg menolong menyiapkan rumah ni. Sebagai engineer of cos la aku yg kasi setel.. lampu2 wiring semua aku yang buat. Kalau nk mengharapkan contractor cina tu yg malas.. smpi tahun depan rasanya tak siap. Biasalah bila dh smpi last-last ni diorang ni jadi malas, kejar tmpt lain lg penting. Tapi bila time mintak duit laju je sampai.. bila nak minta tlg, call 10 kali tak nak angkat CIS!. Kesian kat ayah, sampai satu hari tu die sangat frust ngan contractor cina tue. At last ayah aku menggunakan contact dia, call apa yg patut utk siapkan keje2 mengecat dan lain-lain.
Ayah aku mengejar masa sbrnya, yg sepatutnya rumah ni siap sebelum raya. Raya tahun ni xda org dtg rumah beraya.. alangkah sedihnya kan!. Lagi satu nk kejar masa sebab ayah dan mak angkat mengerjakan haji pada 30 Nov ni.
So disini aku ingin menjemput keluarga,saudara-mara, friends dan kawan-kawan.. nak buat kenduri skit plus ganti raya thn ni xda open house..
Tarikh: 22 Nov 2008
Masa: 2pm- 7pm
Alamat: 55 Usj 2/5F

So boleh la nanti aku buat tour guide rumah, ahaha.. Mesti korang x sabar kan?. hehe. Especially girls, sbb nk sangat tgk bilik aku ni.. yg sangat la best.

BLACK YEAR.
Congrats to Hamilton and Obama.
Hope changed the world yang sangat kejam sekarang ni.

Next Update, The Empty Seat II.

P/S:
Hari ni hari jadi Ibu, Engku Rafidah Engku Chik.
Happy Birthday Che. I<3U

Nov 5, 2008

Anyone?

Nov 4, 2008

Empty Seat



Seat kosong yang makin pudar..
lama juga ditinggalkan..
adakah ia perlu dibaiki atau ditukar ganti dengan yang lain..
Untuk dibaiki ianya memerlukan alat ganti yang lama..
tapi buat masa sekarang, alat ganti yang mahu dicari sudah lama tiada..
Untuk ditukar ganti yang baru, perlukan keberanian dan kesungguhan...

Kerja selalu ditangguh-tangguhkan..
takut seat kosong yang makin pudar itu...
Lama-lama menjadi rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
Seat kosong itulah yang banyak berjasa dan memberi kenangan yang indah..

Sejuta wajah yang bermain-main di benakku
Sebuah derita yang tak pernah ada oh akhirnya...

Nov 2, 2008

Chiptune!











Colourama 2008

Pertama kalinya di Malaysia, a new music genre telah dicipta based on 8bit tunes called CHIPTUNE!...

Event yang dipanggil Colourama 08, sungguh la colorful nye.. evrything yeah!. Venue kat Galaxy Ampang. Bunyi horror tak?, tmpt tu mcm IDK. But peduli apa la the venue kan, janji all the chiptuners buat event ni gle gempaq and best. Organized by Bangkit and WEARNVY. Congrats to them, succesful. Owh thanx to Kak Yanniz for the tag crew.. hehe.

Event tu sepatutnya start at 1230 but delay 1 jam lebih due of sound check, mic check and semua check la. Nasib ramai x dtg lagi.. so start at 2pm ramai yg dh dtg.. and the partay started.

Layan gak la chiptune ni, lagu-lagu diorang ni dihasilkan oleh bunyi-bunyi dari gameboy.. yang korang duk slalu main mario brother... tok net tok net tue.. ha! bunyi tu la keluar. Masing-masing dgn gaya tersendiri. Performers datang dr 3 negara, Malaysia, Indonesia and Singapore.

Harap-harap lepas ni ada la Colourama 2..
So, congrats again to the organizer and to all the chiptuners.
U guys chiptune! ahaha..
Owh and thanx to Zack, Mun, Amar, Faz and Sue dah lama tak berdansa-dansa. ahaha..
Siap gesel-gesel lagi damn!.

http://colourama.wordpress.com/