
Salam Sejahtera,
Mula-mula thanks to Phondok Photography kerana berjaya menganjurkan aktiviti kebajikan ke Rumah Ilham Yayasan Anak-anak yatim Pinggir Taman Tun Dr Ismail dan outing pertama untuk Phondik Photography Club. A good start actually for the first outing.
Special thanks to Hafiz & Gang yang bertungkus lumus untuk menjayakan aktiviti ini, i solute korang semua.
Bila dapat buat aktiviti sebegini seronok dan rasa puas hati bila dapat tengok muka anak anak yatim semua ni bergembira. Walaupun di bulan puasa ni, semua nampak bersemangat.
Seramai 40 orang anak yatim dan 30 orang kumpulan PP, alhamdulillah kitorang berjaya membuat aktiviti berkumpulan, ambil gambar diorang, candid sana candid sini. Diakhir program ini, setiap gambar anak anak ini kami print untuk dijadikan kenangan mereka.
Diharapkan sumbangan minyak, beras, gula dan lain-lain dapat membantu serba sedikit rumah anak yatim ini bersertakan dengan duit raya :).
Harapan kepada Phondok Photography, supaya kita boleh jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan dan banyak lagi aktiviti aktiviti sebegini.
Syukur.
Sekian Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment