Feb 3, 2009

Rempit Sejati

Rempit Sejati
Inilah hasil Microsoft Paint bila Rempit gembira kemenangan

Hari ni plan nak pergi ke SJMC tengok mak Qidran, since Soul kena pergi ampan hari ini emergency, saudara die meninggal dunia semalam kat KKB akibat lemas dan Faiz Torres melawat nenek dia kat HUKM.
Pagi ni Yum-Yum text aku ajak pergi ke Damansara nak register something kat Insurance Msia, katanya dia nak jadi agent insurance yang paling hebat kat Malaysia ni. 'Life father, like daughter' agaknya sebab ayah die pun into insurance jugak, legacy harus dijaga beb hehe.
Lepas dah selesai everything, push off balik ke Subang from there around 3.30 kot, janji ngan Fais and Syazwan nak lepak sekali. Disebabkan sekarang ni Malaysia musim sejuk salji tebal semua, aku dah tak tahan nak membuang air akibat tunggu Yum-Yum tadi. So suruh lah Yum pit-stop BP bangsar.
Time Climax.
Masa menunggu giliran aku nak masuk ke tandas, ade gadis comel, cun, cantik keluar dari kedai BP sambil tersenyum kat aku dengan BF die kat sebelah. Aku pun membalas senyuman aku kat dia.. lama gak la kitorang battle senyuman dan sempat lagi BF die pun tengok aku balik.
Lepas diorang couple tu keluar je dari BP tu skit je, terus aku dengar wanita menjerit dan dengar deruman vrooom.. aku berpaling muka tengok, sekali gadis 3c tu kena ragut. Aku nmpk dengan sendiri rempit buduh tu tarik handbag dia dan kesian sekali gadis 3c tu terpelantik ke depan. BF dia agak lambat react la dia cuba kejar dan tarik balik handbag GF tapi gagal sebab rempit tu dah berpeluk-peluk handbag tu.
Damn, kalau aku jadi BF die aku dah sepak motor tu jatuh dulu tapi apakan daya keadaan semasa tu jadi dalam sekelip mata dan kelam kabut. Orang die sekitar situ pun tidak dapat berbuat apa-apa, sekadar menjadi saksi kejadian je.
Yum-yum yang ketika itu dalam kereta kelisa yang betul-betul berada depan tmpt kejadian pun terkejut dan takut selepas melihat apa yang baru berlaku. Yum keluar dari kereta dan melihat ke arah ku. Dedua blur. Yum hanya sempat lihat plat no. WLN and motor Yamaha 125z (biru). Aku yang nak membuang air, sampai terlupa nak buang air. Celaka punya rempit. Couple tu pun terus ke balai polis berdekatan, memang sangat dekat. Sebelah BP tu quaters polis kot. Memang celaka peragut-peragut ni. Aku ngan Yum simpati la keatas couple tu, semoga mereka selepas ini lebih berhati-hati dan berwaspada jika berada ditempat macam itu. Same goes kat korang semua. Belajar dari pengalaman.
Then lepas tu balik ke Subang jaya dan makan dengan aman. Lepas ni kalau ada rempit yang cuba merempit aku nak langgar celaka semua ni. Maaf la aku tuju kepada rempit jahat ni, takut ada yang terasa nanti.

Berhati-hati di Jalan Raya.

2 comments:

Munzir CK said...

cuba tanya sue takut dia kenal ke rempit2 WLN tu...
hehehehe... jgn marah sue!

Putri Ramlan said...

haha. act, rempit ni pun i suka kot! :))