Nov 10, 2008

9 Sebab Rindu Zaman Persekolahan

1. Loceng Kantin
Bila aku dengar je loceng utk rehat, aku rasa happy.. sebab boleh makan.. bila dah makan perut pun kenyang..
bila perut dah kenyang.. apa yang kita belajar pun masuk..
Fuh alangkah bahagianya waktu persekolahan.
Dapat duduk semeja dengan gadis-gadis hot.. makan bersama.
Owh owh.. tmpt yg serunuk lepak jugak.. Koperasi.. sbb byk aweq hot lepaq situ..

2.Berdiri depan perhimpunan.
Ini kisah masa aku form 1. Masa tu, aku sekolah petang.. so bila sekolah petang waktu perhipunan time petang la.. time tu aku kawan-kawan dgn geng jahat, x jumpa lagi geng-geng baik ni. Kitorang pun lepak la dlm class. Skali kantoi, kena tangkap dgn cikgu apa tah nama dah lupa.. Ramai-ramai la berdiri kat depan time perhimpunan. Terasa macho dan famous jap.. sebab ramai yg tengokkan. Haha.. Agaknya time ni la kot.. Menjadi tarikan dan perhatian dari perempuan-perempuan dan juga dikenali ramai selepas peristiwa ini.

3. Surat dari peminat perempuan.
Secret admire..
Malangnya surat-surat semua dh tak ingat letak kat mana.. kalau x bleh share ngan korang..
gaya-gaya menulis surat dulu kala..
siap ade bunga-bunga lagi..
especially time hari kekasih, hari cikgu pun ade yg mengambil kesempatan bg sesuatu..
gatal!

4. berCinta
Cinta, kebanyakan cakap time skolah ni semuanya cinta monyet.. tapi aku tak percaya la.. ade je yg still survive smpi skrg.
Masa sekolah dulu, memang kuat bercinton .. tp rekod la.. bercinton slalu dengan senior. tak pernah yang sebaya lagi setakat ni.
Tapi tu semua kenangan ketika bercinta di sekolah.
Rindu la pulak, dating-dating kat sekolah, kantin, makmal sekolah, blakang sekolah.. ahaha..

5. Kecurian.
Kes curi pertama - Bukan aku mencuri, tapi barang aku kena curi. Satu hari basikal aku kena curi, mak aku pun belikan yang baru. Lepas beberapa hari , damn kena curi lagi. Aku serik, aku pun beli rollerblade.. ehehe.. memulakan karier jadi Pemain Roda-Hoki Jalanan.
Kes kedua - Aku dirompak lg kerana kebuduhan aku... time ni masa aku form 5, sekolah berasrama. Aku bawa handphone secara haram dulu time skolah, kata senior time tu.. 'u can do anything' cogan kata time asrama dulu. Masa tu mak aku bagi reload no. (time tu no DiGi).. aku first time guna prepaid time tu.. x tau nk reload.. so aku bg la kwn aku ni sorang.. sbb die guna digi prepaid. So ble aku x dpt msg balik dr digi yg aku dh reload.. aku pun call la mak aku.. ckp no reload tu xleh pakai dah. After a few days tu, mak aku call aku.. ckp no tu dh reload kat HP lain.. damn bile check2 member aku yg curi. Yang peliknya, aku tak marah dia, tak cakap pun kat dia.. aku buat dunno je.. Tp masa sebelum SPM tu, die datang kat aku minta maaf and bayar balik RM100 aku. Tau takut!

6. Kantoi exam.

Owh bukan aku yang kantoi, aku yang kantoi kan orang ada ar.. ahaha jahat tak. Time ni kat dewan .. aku nampak ade orang sorok nota bawah meja.. so masa aku keluar nak pergi tandas.. aku ckp kat cikgu yg bertugas time tu.. suruh check meja tu.. skali berjaya kenakan budak sialan tu.. (aku mmg sengaja kenakan dia). Aku ni jahat, ahaha.. Dendam sebab budak tu memang jahat dan kejam.

7. Spot check.
Satu hari, ada spot check besar-besaran kat sekolah. Aku memang tak pernah ada apa-apa kesalahan dari sudut pakaian atau penampilan. Tapi tah mcmana hari tu aku boleh bawa HP, selalu aku tinggalkan kat locker asrama. Memang cuak la.. time tu habis satu badan peluh ni.. ahaha.. tp nasib aku ni bijak letak hp dlm kasut aku.
Begini caranya.. time spotcheck.. semua kena kluar berdiri.. sebelum masa tgh duduk lagi.. aku letak hp aku dlm kasut.. so bile nk jalan tu.. pandai-pandai la cover kan.. jalan kena jenggek skit.. sbb hp dh kat bawah tumit ni.. demi HP apa saja tactic dilakukan. So seperti biasa la cikgu displin suh poket dikeluarkan la, bla bla la.. check & raba-raba sini. Aku berjaya, YES!..

8. Surau
Ni berlakunya time form 2, masih segar di ingatan peristiwa ni. Subject Kemahiran Hidup time tu. waktu KH mmg lama 2 jam kot class.. So ble dh ramai-ramai pegi surau sekolah apa jadi?.. haha Wrestling la jawapan dia.. so ble cikgu dh mcm syak apsal la pelajar-pelajar die x balik lambat dr surau. die pun hantar la spy dia. Bile dh smpi kat class tu..cikgu suruh ramai berdiri depan papan hitam tu... Die tanya, kenapa lambat?.. Fuad dgn confident jawab.. ramai org kat surau.. traffic jamm cikgu..
Cikgu pun dah tau apa yang berlaku kat surau tu.. die suruh setiap orang amik surat khabar 2 helai.. jadikan sejadah.. Sebab nak suruh kitorang semayang Taubat... siap ade imam lagi.. ahaha.. Din la imam.. walaupun din yg tidak terlibat dlm aksi WWF.. kesian dia.

9. Ponteng Class.
Aku budak baik tak ponteng class. Hehe.
Tapi bila godaan kawan-kawan tu tak dapat menahan utk berponteng sekali utk melihat gadis-gadis di kelas lain.. ahaha..
Apa tah mengarut ni.. next!

1 comments:

D.RAZ said...

man , i'm sad rite now